3 Buku RM40

RM60.00 RM40.00

Category: Tags: , , , SKU:set box 1 Availability: In Stock
Share this

Description

Mungkin Nasionalisme Longkang akan dikenang sebagai sebuah karya yang anti nasionalis, anti patriotisme.

Kalau begitulah caranya dikenang, alangkah bagus rasanya.

Aku bukan seorang nasionalis. Walaupun sekolah adalah medan pentarbiahan agar seorang murid bertumbuh sebagai seorang yang patriotik kelak, aku yakin sekolah gagal menguruskan aku.

\”Pada hakikatnya, setiap negara itu mempunyai karakter bertentangan dengan nilai-nilai kemanusiaan. Negara menghancurkan solidaritas diantara manusia dan mempersatukan sebahagian manusia hanya untuk menghancurkan, menguasai dan memperbudak sebahagian lain manusia. Sebuah negara hanya melindungi warganegaranya, karena negara itu tidak mengakui hak-hak orang lain diluar batas kekuasannya: dan secara prinsipil, negara ini akan memperlakukan orang asing dengan semena-mena. Kalau negara itu memperlakukan orang asing tersebut dengan
manusiawi, itu bukan karena kewajibannya: karena negara itu tidak mempunyai kewajiban kepada siapa pun, tetapi kepada dirinya sendiri dan warga negaranya,yang telah membentuknya \” – ini adalah kata-kata Bakunin yang terserap dalam jiwa aku sekian lama.

Jadinya ketika Mut, aku dan Cikgu beraguemen tentang tajuk yang sesuai untuk menerbitkan buku pertama aku, Nasionalisme Longkang ( seperti yang dicadangkan Mut) menjadi tajuk yang paling relevan.

Pastinya didalam kandungannya tertumpu kepada permasalahan sosial, jurang ekonomi dan situasi politik (tempatan dan dunia) menjadi isu-isu yang mahu aku kedepankan kepada publik.

Nasionalisme Longkang teramat berbeza berbanding buku-buku lain. Barangkali kerana didalam buku yang bertema hampir serupa, ia menekankan betapa negara mempunyai potensi membahagiakan rakyatnya. Seterusnya menyemai sifat-sifat nasionalisme seperti usaha menjatuhkan kerajaan yang korup adalah tindakan moral yang membuktikan rasa cinta kepada negara.

Realitinya tidak begitu. Sikap nasionalis dan patriotik akhirnya hanya menjamin kebajikan kelas atasan. Lihat sendiri peranan negara dalam isu-isu berkaitan imigran. Lihat juga isu-isu berkaitan ketuanan bangsa, perbezaan agama dan bangsa mana paling layak ke atas negara.

Ini tidak bererti sama sekali, Nasionalisme Longkang mempromosi kebencian, rasa meluat terhadap tanah tumpah negeri. Malah ia mencabar sekiranya tanah ini dimiliki semua manusia yang menetap didalamnya, mengapa pula setiap urusan politik, urusan kebajikan pekerja diberi penih kepada penguasa?

Apa yang patriotiknya bila kita bercakap soal peperangan dan mangsa perlarian perang tetapi dalam masa yang sama, negara ini, melalui undang-undang dan dasarnya menafikan hak manusia seorang mangsa perang saat mereka tiba di negara ini?

Ah, kamu tu yang berpura-pura. Membongak tentang peri pentingnya nasionalis. Kamu hanya bersikap nasionalis saat Malaysia menghantar Lee Chong Wei menentang Ling Dan.

Tetapi apa reaksi kamu sekiranya Chong Wei menuntut hak untuk menyambung pengajiannya di UiTM?

Additional information

Weight 0.6 g

Be the first to review “3 Buku RM40”

Reviews

There are no reviews yet.