-25%

Membunuh Atas Nama Tuhan

RM20.00 RM15.00

Category: Tags: , , SKU:9789672337003 Availability: In stock
Share this

Description

Di Malaysia, secara persepsi malahan dalam dakwaan undang-undang bahawa persetubuhan berlaku terhadap kanak-kanak perempuan yang di bawah umur 16 tahun, maka ia dianggap sebagai rogol. Justeru, kejadian sebegini kadangkala berlaku, menyebabkan ada salah seorang ahli parlimen di negara ini memberikan cadangan agar dibenarkan perkahwinan kanak-kanak di bawah umur. Malahan, dalam parlimen, ahli parlimen terbabit menyatakan bahawa secara perundangan di Malaysia, mana-mana kanak-kanak bawah umur 16 tahun, boleh dibenarkan berkahwin dengan keizinan dari mahkamah syariah terlebih dahulu. Menurut beliau juga, keizinan itu dianggap sebagai perlu untuk memastikan kehidupan kanak-kanak perempuan terbabit baik untuk masa akan datang.

Kenyataan itu, ternyata tidak disetujui oleh ramai pihak, terutama aktivis wanita. Malahan, pandangan itu mendapat serangan hebat sehingga melahirkan satu wacana secara langsung dan tidak langsung dalam hal sebegini. Perbincangan ini, akan ditumpukan kepada sub-topik seperti berikut;

Cadangan sebegini datang, disebabkan mereka menjumpai hadis bahawa Nabi SAW berkahwin dengan Aisyah sewaktu umur Aisyah 6 tahun.  Saya kira, perbincangan berkenaan Nabi SAW berkahwin dengan Aisyah dalam umur 6 tahun ini perlu diperhalusi kepada beberapa perkara.

Pertama, dalam kitab Siyar ‘Alam wa al-Nubala’ menyatakan bahawa Nabi SAW berkahwin dengan Aisyah bersekali dengan Saudah, iaitu selepas berlaku peperangan badar.

Kedua, Abu al-Hasan al-Nadawi menyatakan dalam kitab Sirah al-Nabawiyyah bahawa perang badar tercetus pada tahun kedua hijrah.

Ketiga, dalam Siyar ‘Alam al-Nubala’, al-Zahabi ada menyatakan bahawa kakak kepada Aisyah bernama Asma’ dan berusia lebih 20 tahun daripada Aisyah.

Keempat, dalam kitab yang sama, dinyatakan bahawa Asma’ meninggal pada tahun 73 hijrah.

Kelima, dalam kitab yang sama juga dinyatakan bahawa dia meninggal pada umurnya 100 tahun.

Jika Asma’ meninggal dunia ketika umurnya 100 tahun dan meninggal pada tahun 73 hijrah, menandakan umur Asma’ semasa hijrah ialah 27 tahun. Ini bermakna, umur Aisyah semasa hijrah ialah 17 tahun. Kemudian, perkahwinan Aisyah selepas perang badar, sedangkan perang badar tercetus tahun kedua dari hijrah. Bermakna, ketika itu umur Aisyah semasa kahwin dengan Nabi saw bukan 6 tahun, tetapi 19 tahun lebih.

Additional information

Weight 0.3 g

Be the first to review “Membunuh Atas Nama Tuhan”

Reviews

There are no reviews yet.