Pseudoscience Watch 2

RM25.00

Category: Availability: Out Of Stock
Share this

Description

Para pemegang phD palsu berani menyerang dan menyaman orang awam yang melawan dan mendedahkan mereka. Berani menubuhkan persatuan dan badan mereka sendiri. Berani menjadi kolumni akhbar di segmen kesihatan. Berani bekerjasama dengan badan berautoriti dan menandatangani MOU bersama mereka. Berani mengadakan seminar dan menyebar ilmu Sains palsu. Berani mendiagnosis pesakit kronik sehingga mereka tidak lagi mendapatkan rawatan yang sepatutnya.

Paling menyedihkan, mereka memperjudikan nyawa orang awam dengan produk Sains palsu tanpa takut langsung dengan undang-undang. Mereka ada di mana-mana. Di kaca televisyen, di radio, di akhbar, di majlis-majlis keraian. Mereka terbit buku motivasi, buku kesihatan, menjadi selebriti televisyen dan radio, dan menjadi ikutan orang ramai.

Mereka merompak duit orang awam dengan penipuan dan mengkayakan poket mereka sendiri atas ketidaktahuan dan penindasan terhadap orang awam.

Be the first to review “Pseudoscience Watch 2”

Reviews

There are no reviews yet.