Utopia Masyarakat Lambak

RM25.00

Category: SKU:003 Availability: In Stock
Share this

Description

Hari ini kita terpukul oleh dua bala nyata dan bahaya.

Pertama, wujud dan menyebarnya jenis fikiran keutopiaan yang angkuh dan membumi.

Kedua, berseleraknya minda kelambakan yang menjahanamkan segala kepiawaian dan asas fikiran yang munasabah.

Terkadang ia bisa wujud sendiri, tetapi paling parah bila kedua-duanya bergandingan sama, sehingga bolehlah kita menyebutnya utopia masyarakat lambak, sesuai dengan judul buku ini.

Inilah gejala paling mudarat sedang kita hadapi.

Kedua-dua jenis atau sindrom ini bukanlah perkara baharu. Dalam semua peradaban dan masyarakat, akan menemukan dua gejala-bala ini. Apabila kedua-duanya bertapak dan menyelinap di setiap sudut kehidupan kita, ia adalah malapetaka besar.

Buku ini mengupas persoalan mengenai tradisi dan masyarakat di dalam pembentangan-pembentangan beliau dan sebuah kritikan terhadap sistem pendidikan, bahasa serta pemberzayaan dalam kalangan belia.

Additional information

Weight 145 g

Be the first to review “Utopia Masyarakat Lambak”

Reviews

There are no reviews yet.