Thukul Cetak ialah badan penerbitan independen, radikal & progresif yang ditubuhkan pada tahun (2014). Diasaskan oleh ZF Zamir, Thukul Cetak menerbitkan bahan bacaan serius dalam bidang sains politik, falsafah & kemasyarakatan untuk mengisi kekosongan bahan bacaan radikal dalam bentuk yang pop dan lebih santai.

Menerbitkan sehingga 36 tajuk setahun, kini Thukul Cetak memiliki Editor di Jerman dan juga Jordan. Thukul Cetak juga menyertai semua pesta buku di dalam dan luar negara serta yang terbaru ke Frankfurt untuk menjalankan kerjasama dengan penerbit dari luar.

Dengan komitmen Keras & Melawan, Thukul Cetak kini mempunyai kedai fizikal di Bandar Baru Bangi, Selangor.